Khamis, 24 Disember 2015

Kini Emas Power Gold Diterima Ar Rahnu

Kini Emas Power Gold Diterima Ar Rahnu




Menyimpan emas dalam jangka masa panjang adalah menguntungkan.

Kecuali satu sahaja risikonya iaitu hilang atau dicuri

Jadi salah satu alternatif ialah dengan memajaknya di Ar Rahnu

Dan kalau kena dengan tekniknya.. anda akan mendapat pendapatan pasif

Konsep Ar Rahnu sebenarnya sama dengan personal loan di bank

Cuma bezanya bila kita menggadaikan sesuatu.. kita akan lebih berjimat cermat menggunakan duit pinjaman tersebut..

Ar Rahnu (kedai pajak gadai islam) asalnya dr perkataan "Rahn" - Gadai..

Dalam sistem Ar Rahnu kita cuma boleh meminjam kira-kira 70% dari harga emas kita..

Apa Lagi Kelebihan Ar Rahnu

Bebas riba

Emas yang di simpan selamat

Caj perkhidmatan yang rendah

Tiada unsur penipuan semasa menimbang..kalau kedai emas bukan Islam.. kemungkinan tu tinggi

Tempoh bayar balik yang lama iaitu 6 bulan dan boleh di lanjutkan lagi dengan syarat kena bayar upah simpan.

Kalau tak ditebus.. dia akan lelong.. tapi Notis pemberitahuan akan di beri kepada tuan emas terlebih dahulu..

Hasil lelongan Ar Rahnu cuma ambil jumlah hutang dan upah simpan.. selebihnya akan di pulangkan kepada Tuan Emas

Ar Rahnu adalah sistem pinjaman bebas Riba..

Kalau sapa2 ada kad kredit.. untuk pengetahuan itu adalah Riba yang nyata..

Bayar tapi Hutang tetap bertambah..

Beli emas mulai sekarang.. kerana harga emas meningkat setiap tahun.

Seeloknya belilah Emas yang boleh diterima di Ar Rahnu seperti Barang Kemas, Dinar & Gold Bar.

Emas bukan barang kawalan harga.. Jadi carilah tawaran emas yang paling murah..

Mengikut pengalaman paling murah adalah barang kemas terpakai

Kalau pergi Ar Rahnu.. dia tak kira Terpakai atau Baru.. dia tetap kira harga yang sama

Emas yang di gadai tidak di kenakan Zakat.. tapi apa salahnya keluar duit sedekah kepada pusat zakat..

Pilihlah kedai pajak Islam (Ar rahnu) Jangan lah pergi kedai pajak bukan Islam lagi dah.

Renungkan Sedikit Hadis

" Dan jika kamu berada dlm musafir ( lalu kamu berhutang atau memberi hutang yg bertempoh.. Sedangkan tiada jurutulis, maka hendaklah di adakan barang gadaian utk di pegang oleh org yg memberi hutang" Surah al Baqarah : 283.

Sebelum cerita lebih lanjut pasal Ar Rahnu dalam hari2 mendatang.. ini ada sikit tips nak share bila nak beli emas

Beli Emas mulai sekarang.. kerana harga emas meningkat setiap tahun.

Seeloknya belilah Emas yang boleh diterima di Ar Rahnu seperti Barang Kemas, Dinar & Gold Bar.

Emas bukan barang kawalan harga.. Jadi carilah tawaran Emas yang paling Murah..

Mengikut pengalaman saya.. paling murah adalah Barang kemas terpakai..

Kalau pergi Ar Rahnu.. dia tak kira terpakai atau baru.. dia tetap kira harga yg sama

Emas yang di gadai tidak di kenakan Zakat.. tapi apa salahnya keluar duit sedekah kepada pusat zakat.

Pilihlah kedai pajak Islam (Ar Rahnu). Janganlah pergi kedai pajak bukan Islam lagi selepas ini


Antara Ar Rahnu Yang Ada Di Malaysia


  • Ar Rahnu Agrobank
  • Ar Rahnu Bank Rakyat
  • Ar Rahnu Exchange 
  • Ar Rahnu Yapeim
  • Ar Rahnu Pos Msia
  • Ar Rahnu Maidam Terengganu
  • Ar Rahnu Koperasi
  • Ar Rahnu Yayasan Perlis & Johor

Dan banyak lagi , senang jer nak tahu dia kedai pajak Gadai Islam..ada perkataan Ar Rahnu

Pemberi Pinjam Atau Ar Rahnu Ini Di Panggil "Murtahim"

Macam mana Murtahim mendapat untung?

Keuntungan mereka adalah dari

--> Upah simpan

--> Hasil jualan barang yg tidak ditebus oleh pemajak "Raahin".

Kenapa Sebelum Ini Berlaku Gold Bar Tidak Di Terima Oleh Ar Rahnu..

Kerana tujuan asal adalah untuk membantu orang yang dalam kesusahan, kebanyakkan dari wanita yang menyimpan barang kemas.

Kerana penganjur skim haram biasanya menggunakan Gold Bar untuk di pajak dalam kuantiti yang banyak.

Ar Rahnu ada kuota harian

Tapi tahun tahun kebelakangan ni, selepas banyak skim haram ni dah tumpas, jadi Gold Bar dan Dinar mula di terima semula..


Apa Yang Kita Perlu Tahu Sebelum Menggadai Emas Kita 

--> Kena tahu berat emas tu (boleh rujuk resit pembelian)

--> Kena tahu mutu emas kita (boleh tgk pada resit dan pd barang tu sendiri / ada cop pada barang itu 916@999)

--> Harga emas semasa

--> Peratus pinjaman yg dibenarkan ( biasanya antara 50% -75% )

--> Kadar upah simpan setiap Ar Rahnu..

Tips Menggadai Barang Kemas

Pilih Ar Rahnu yang paling tinggi harganya
Pilih Ar Rahnu yang upah rendah
Paling baik adalah memajak emas yang berkualiti tinggi seperti 999 & 916
Memajak barang kemas terpakai adalah cara yang sangat bijak
Cari Ar Rahnu yang mengemas kini harga setiap hari
Cari Ar Rahnu yang dekat dengan lokasi anda dan kalau boleh tempat yang tidak ramai pelanggan.

Selamat Membaca Berfikir Dan Berazam Untuk Meyimpan Emas

#1gram1bulan1keluarga
#IamPowerGold

Hubungi nombor dan lawati laman web dibawah untuk lebih informasi : 



WhatsApp / SMS : 019-2692067


1 ulasan:

  1. Boleh update tak arrahnu cawangan Sarawak yang menerima produk amethyst power gold

    BalasPadam