Isnin, 29 Februari 2016

Jawapan CEO Power Gold Mengenai Isu List BNM

"Please take note that the list is not exhaustive and only serves  AS A GUIDE to members of the PUBLIC BASED INFORMATION AND QUERIES received by BNM"

1. Baca dulu betul2 statement atas tu

2. Kita sudah jelas dan nyata dari segi undang2 Malaysia, kita betul...takder silap yang kita buat, kita beli dapat emas.

3. Dari segi hukum agama kita memang betul...kita bukan pelaburan..kita bayar, kita dapat barang

4. Kenapa orang kisahkan pasal list tu bila nak join kita ?
- bila dia nak join highway yang janji bulan dan bintang tu, takder pulak nak cek segala list.....

5. Cuba kita amik tau, kenapa kita boleh tersenarai kat situ?
- Sebab ada dikalangan kita mungkin ahli atau bukan ahli/prospek yang sengaja nak buat onar....atau ada di antara kita yg ETAkan emas kita..

Tak mustahil, ada dikalangan kita2 nih yg ETA kan emas kita...beli banyak2..pastu rolling....
pastu, ada plak hamba allah yg berminat nak join ETA dia...kena tipu pulak tu..kebetulan plak member tu ada pak sedara ke tok sedara ke keje sekuriti kat BNM..tu yg jadi isu tu....

Yang jelas dan nyata bila masuk dalam list tu, kita kompom glamerrrr

List tu panduan jerrrr....supaya org ramai berhati2....supaya tak kena tipu....kan bagus tu....barulah prospek join kat kita2 yang benar nihhhh

Korang mesti ada keyakinan diri..sebab korang dah join, korang dah beli...so, korang kena lahirkan apa yang korang percaya...

2013 dah kena...pastu pergi bank negara.....kita pergi lagi lah...insyaAllah boleh selesai....yakin macam ni..ALLAH pemilik rezeki....ini salah satu ujian dalam kita mencari rezeki...kita usaha kita cari penyelesaian dan kita yakin....

Kesimpulan : Sila berurusan dengan ejen powergold yang sah , contohnya aku.....



Selasa, 2 Februari 2016

Kaitan Power Gold Dan Bank Negara Malaysia ( BNM )

Kaitan Power Gold Dan Bank Negara Malaysia ( BNM )

Lain-lain Info

Pelaburan Emas : Apa yang perlu anda ketahui


Soalan : Macam mana  nak jawab kalau orang tanya power gold ni berdaftar atau tak dengan BNM ( Bank Negara Malaysia ) ?

Jawapan : Tak perlu daftar . Sebab kita jual beli barang kemas

Soalan : Siapakah yang mengawal selia pelaburan emas di Malaysia ? Adakah Bank Negara menyelia atau mengawal selia perdagangan emas atau perak di Malaysia ?

Jawapan : Membeli dan menjual emas atau perak tidak berada di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) . BNM tidak mengeluarkan sebarang lesen kepada mana-mana syarikat yang ingin
menjalankan aktiviti tersebut.

Walau bagaimanapun , jika skim pelaburan emas/perak dengan jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang daripada orang ramai dan pelabur dijanjikan pulangan pelaburan/ keuntungan dalam tempoh masa yang tertentu, yang pelaburan asal akan dibayar balik, atau dalam erti kata lain , "jika sesebuah syarikat didapati terlibat dalam pengambilan deposit secara haram dengan menggunakan emas / perak bagi mengaburi aktivitinya, ia mungkin melanggar seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) "

Soalan : Jadi apakah yang perlu dilakukan jika saya berminat dengan apa yang kelihatan sebagai skim pelaburan emas yang sah?

Jawapan : Pelabur di ingatkan supaya lebih berhati-hati dan meneliti risiko yang dikaitkan dengan pelaburan emas sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam tempoh jangka pendek.

Soalan : Sebagai bakal pelabur emas, bagaimana saya boleh memeriksa kesahihan skim pelaburan emas dan maklumat penting yang perlu diberikan perhatian jika saya ingin mengambil bahagian dalam skim pelaburan emas ?


Jawapan : Pelabur dinasihatkan supaya memeriksa latar belakang syarikat dan kesahihan aktiviti dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan pematuhan undang-undang.
Sebagai contoh , pelabur boleh menyemak dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berkaitan dengan pendaftaran syarikat dan aktiviti perniagaan yang didaftarkan dengan SSM.

Pelabur juga boleh menyemak perkara-perkara berikut melalui SSM seperti :

• Laporan Tahunan yang telah diaudit – Maklumat kewangan untuk pemegang saham sesebuah syarikat dan pelabur berpotensi mengenai pencapaian sepanjang 12 bulan lepas dan juga maklumat penting untuk menaksir sama ada berfaedah untuk melabur dalam syarikat itu .

• Memorandum Persatuan – Memorandum yang memaparkan perlembagaan sesebuah syarikat dan menetapkan kuasa dan kewajipannya sebagai sebuah syarikat .

• Perkara-perkara Persatuan – Dokumen yang mengandungi peraturan-peraturan yang berhubungan dengan hal-ehwal pengurusan dalaman syarikat .

• Maklumat berkenaan Skim Kepentingan – Mendapat pengesahan sama ada syarikat tersebut berdaftar di bawah Skim Berkepentingan. Skim Kepentingan melibatkan pengumpulan wang daripada orang ramai bertujuan memperoleh satu kepentingan di dalam skim tersebut.

Maklumat-maklumat di atas boleh didapati di laman sesawang SSM : www.ssm.com.my

Soalan : Sebagai pelabur emas, adakah terdapat sebarang isu berhubung operasi syarikat yang harus saya perhatikan ?

Jawapan : Ya. Sebagai pelabur emas, anda perlu bertanyakan soalan-soalan berikut kepada pihak syarikat mengenai operasi emas syarikat tersebut :

• Sumber emas – dari mana syarikat mendapatkan bekalan ?
• Siapakah pihak berkuasa atau badan rasmi yang mengesahkan ketulenan emas ?
• Adakah sijil emas yang disediakan telah disahkan oleh pihak yang berkelayakan ?
• Bolehkah ketulenan emas itu disahkan oleh tukang emas ?
• Mengapa syarikat menjual emas pada harga premium ?
• Adakah terdapat apa-apa pulangan yang dijanjikan kepada pelabur ?
• Adakah terdapat jaminan belian balik kepada pelabur ?
• Bagaimana syarikat menjana keuntungan daripada operasi ?
• Adakah syarikat mematuhi prinsip syariah ?**

**Maklumat prinsip shariah berkenaan urus niaga emas boleh didapati di laman sesawang Fatwa Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) : 

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwakebangsaan/parameter-pelaburan-emas


Soalan : Jika saya mempunyai bukti bahawa emas yang telah dibeli kelihatan mencurigakan, kepada siapa saya boleh mohon bantuan ?

Jawapan : Jika pelabur mempunyai bukti bahawa emas yang dibeli daripada syarikat pelaburan emas tertentu adalah berkualiti rendah, dia boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Ini disebabkan KPDNKK mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas apa-apa pertikaian yang berkaitan dengan kualiti produk.

Soalan : Oh, tidak ! Saya telah menjadi mangsa kepada skim pelaburan emas haram ! Apa yang perlu saya lakukan ?

Jawapan : Anda dinasihatkan supaya :

• Buat laporan polis dengan segera
• Laporkan perkara itu kepada agensi penguat kuasa yang berkaitan
• Simpan semua dokumen berkaitan pelaburan seperti bank-in slip, slip deposit, perjanjian, serta baucar yang telah anda terima daripada syarikat atau pelaku kerana ia boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat itu. Ini termasuk butir-butir pegawai atau orang penting dalam syarikat. Maklumat ini mungkin berguna untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang.

Sumber : Bank Negara Malaysia dan Rakan-Rakan