Sabtu, 23 Januari 2016

Kaedah Kiraan Zakat Emas Dan Perak


Zakat Emas Dan Perak

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram). Jumhur fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram).
Dalil Wajib Zakat:
Dalil Al-Quran

وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Maksudnya :
“Dan (ingatlah)orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”
(Surah At-Taubah : Ayat 34)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”(Hadis riwayat Abu Daud)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak :

 Emas Perhiasan Wanita (اَلْحُلِّى)

  • Iaitu emas yang digunakan untuk perhiasan badan wanita, perkakasan atau perabot sama ada digunakan sekali-sekala atau berterusan. Emas perhiasan wanita wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi ‘uruf(adat kebiasaan). Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram (kadar uruf semasa).
  • Contoh:
    [(Berat emas – Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
    (900 gram – 800 gram) x RM144.38 = RM14,438 x 2.5% = RM360.95

 Emas Bukan Perhiasan غَيْرُالحُلِّى )

  • Iaitu emas yang dimiliki bukan untuk tujuan perhiasan sama ada dalam bentuk matawang, jongkong, tempa, barang kemas dan seumpamanya.
  • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan wanita. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.
  • Contoh:
    Timbangan emas x harga semasa x 2.5% = Jumlah Zakat
    100 gram x RM144.38= RM14,438 x 2.5% = RM360.95

 Emas Bercagar

  • Emas yang digadai adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan.
  • Contoh:
    [(Berat emas semasa x harga semasa) – Nilai Pinjaman – Upah Simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat
    [(200 gram x RM144.38= RM28,876) – RM10,000 – RM76] x 2.5% = RM470

 Perak

  • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak595 gram atau lebih
  • Contoh:
    600 gram perak x RM2.45(segram pada 30 April 2014) x 2.5% = RM36.75
sumber rujukan :
http://www.zakatselangor.com.my/jenis-jenis-zakat/zakat-harta/zakat-emas-perak/

Khamis, 21 Januari 2016

Apa Beza Emas Power Gold Dan Public Gold..?

Apa Beza Emas Power Gold ,Gold Silver Resouces, Gold Pavilion CreST Dan Public Gold 

PERHATIAN...!!!!!!

Soalan : kenapa Gold Bar Public Gold / Brand lain lagi murah dari Amethyst..? 

Jawapan : memang kalau dibandingkan dengan harga yer..Public Gold lagi murah..

Tapi harus di ingat yer.. Untuk dapat untung yang maksimum..spread yang membezakan..lagi rendah spread lagi untung kita dapat bila jual balik.. 

Contoh 

10g Public Gold :-

A) Harga jual Rm1472

B) Harga beli  balik Rm1354

Beza A - B = Rm118

Kira spread rm118/Rm1472 × 100 = 8.02%

10g Amethyst Power Gold :-

A) Harga jual rm1519

B) Harga beli  balik rm1410

Beza A - B = rm109

Kira spread rm109/rm1519 × 100 = 7.18%

Spread 10g Goldbar Amethyst lagi rendah.

Harga lagi murah atau mahal sebenarnya  tidak mnjadi tali ukur untuk kaut keuntungan , yang penting spread itu..lagi rendah spread lagi tinggi untung.

Kalau beli emas harga murah sekalipun..kalau spread tinggi..untung dapat sikit sahaja.

BAYARAN UNTUK MENJADI DEALER


GSR : bayaran minimum untuk menjadi dealer GSR adalah RM1000.
Dealer akan dapat jaket GSR, name card, flyer untuk promo, member card, khairat kematian RM500 (2 tahun pertama), iklan di akhbar. Tetapi dealer tidak akan dapat emas. Perniagaan boleh diwariskan.

GCP : bayaran minimum untuk menjadi dealer GCP adalah RM600. Perniagaan tidak boleh diwariskan.

PG : anda perlu beli minimum RM20,000 emas untuk melayakkan anda menjadi automatik dealer kepada public gold.RM20,000 tersebut boleh daripada emas perhiasan, jongkong emas atau dinar

POWERGOLD : Keahliaan serendah RM350, terima 0.5gram emas 999.9 atau stokis rm3800, terima 2dinar emas 999.9 . Dapat website percuma untuk promosi . Setiap keahlian baru akan terima emas sebagai hadiah keahlian .

PERBEZAAN PRODUK

GSR : GSR menawarkan Dinar Syifa 917 4.5g, Gold Bar 1g, 5g dan 10g, rantai emas 999, emas perhiasan 916, emas perhiasan design eksklusif, perak

PG : PG menawarkan gold bar 20g, 50g, 100g dan 250g, selver bar 250g, 500g dan 1kg, public dinar 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar serta barang kemas public jewellery

GCP : GCP menawarkan emas perhiasan 916 serta gold bar 1g, 10g, 20g, 50g, 100g

POWERGOLD : menawarkan emas perhiasan 916 serta gold bar 1g, 5g, 10g, 20g dan dinar 999

PENGIKTIRAFAN GOLD BAR

ketiga-tiganya mempunyai sijil ketulenan yang ditauliahkan oleh KL Assayer Office (Syukor Anuar) yang merupakan salah satu Pentauliah Bebas Logam Berharga.

Jabatan Kimia Malaysia...latest test pda 29/8/14

KOMISEN AGEN ATAU DEALER

GSR dan GCP : menawarkan komisen yang agak lumayan, dalam julat 5-8% yang ditetapkan sendiri oleh dealer. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar.

PG : komisen bergantung pada level dealer itu sendiri yang telah ditetapkan oleh PG berdasarkan kemampuan sales agen tersebut. Sebagai contoh, Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5% dan Master Dealer 2%. Bayaran akan dibuat terus ke akaun individu pada 20hb setiap bulan.

POWERGOLD : Bonus menaja dibayar di level 1 dan 2 sahaja.
- bonus pairing yg menarik sehingga rm450 (ahli) dan rm2100 (stokis) sehari max
- bonus mobile stokis, jika puan daftarkan ahli baru yg join pakej gold/agen, puan dapat komisen rm10, pakej powergold dapat rm50, pakej stokis dapat rm100.

OVERRIDING INTRODUCER MASTER DEALER

GSR dan GCP : Adalah 'one layer'.

Dealer akan diperkenalkan oleh 'introducer'.

Introducer akan mendapat RM100 on dealer get dealer dan RM1/g di atas jualan dealer di bawahnya.

PG : overriding juga 'one layer'. Namun, terdapat 3 level of dealer.

- Master Dealer
- Priority Dealer
- Normal Dealer

Master Dealer akan mendapat sebanyak 0.5% overriding dari sales PD dan 1% dari sales ND.

PD pula boleh mendapat 0.5% overriding dari sales ND yang ditajanya.

POWERGOLD : Ahli  10% dari bonus kaki di level 1              
                           
STOKIS 10% dari level 1
                                         
10% dari level 2
                                               
5% dari level 3
                                         
5% dari level 4
                                       
Dan 3% dari level 5

PERBEZAAN HARGA

GSR dan GCP : harga yang dipaparkan adalah harga customer. Harga dealer adalah 5-8% less than web price.

PG : seperti GSR, harga yang dipaparkan adalah harga customer.
Harga dealer adalah 1-2% less than web price.
Anda bandingkan, harga dan spread.. wang anda, pilihan anda..

POWERGOLD: Harga yang dipaparkan adalah harga customer. NAMUN ahli dapat membeli dengan harga murah iaitu dari 6.9% --- > 11.7% less , murah dari customer luar.

PROSUDER PEMBELIAN

GSR dan GCP : Mengemaskini harga setiap hari sekali. Urusniaga dijalankan 10am - 4pm melalui web atau telefon. Sabtu dan Ahad, tiada urusniaga dijalankan.

PG : mengemaskini harga mengikut harga 'spot dunia' setiap 20 minit dan urusniaga

Powergold :
Kenapa power gold lebih baik daripada jualan lain ( pendapat beberapa orang yang dah join )
1. PWG jual emas bukan barang lain..
2. Emas tiada susut nilai.
3. Emas tiada tarikh luput, jika anda beli dan tiada pembeli anda bleh simpan. Bukan seperti makanan atau barangan lain.
4. Keahlian seumur hidup.
5. Boleh beli dengan harga murah berbanding kedai emas.
6. Tak perlu kedai kalau nak jual emas.
7. Tiada caj yang tersembunyi..
8. Leader Public Gold pun sudah join PowerGold dan jadi leader dalam PowerGold

Bab mana yang anda rasa rugi join Powergold...??

Kawan  join
- dapat Rm50 upah taja ahli
- Rm400 upah taja stokis
- Semua pendaftaran diuruskan oleh stokis
- Bonus pairing
- kiri kanan ialah pairing A + B ( C syarat sorang je untuk layak kita dpt bonus pairing )

Dulu :
- Beli emas mahal
- Dapat emas sahaja
- Nak jual balik kedai ambil rendah
- Ajak kwn beli tak dapat apa2 bonus

Sekarang :
- Beli emas lebih murah
- Beli untuk diri sendiri dapat bonus
- Beli untuk kawan dapat bonus
- Jual balik dapat harga tinggi
- Kawan beli dapat bonus
- Kawan dapat bonus, lagi2 kita dapat bonus
- Ajak kawan jadi ahli pun bonus masuk
- Nak jual runcit² pun untung

Pendek kata langsung tak ada rugi join POWERGOLD

Untung berganda² ada lah..

Setiap BELIAN emas 1gram di POWERGOLD, sesiapa sahaja akan dapat RM1-RM3

Contoh : Anda beli 100g Gold Bar di POWERGOLD, anda dapat RM100 sebagai rebat balik




SMS / WhatsApp : 019-2692067