Isnin, 28 Disember 2015

7 Perkara Jangan Dalam Simpanan Emas

7 PERKARA JANGAN DALAM SIMPANAN EMAS




1. JANGAN MALAS 

Sebaik sahaja anda sedar tentang emas, dapatkan info yang berkaitan dengan emas seperti sejarahnya, perkaitan dengan wang kertas, jenis-jenis emas, produk yang ada dipasaran dan banyak lagi yang perlu anda ketahui.

Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tak pernah habis.

2. JANGAN AR-RAHNU SEBARANGAN 

Ramai yg menyalahgunakan perkhidmatan Ar Rahnu kebelakangan ini. Peranan Ar Rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan, bukan kepada mereka yang tamak.

Siapakah yang tamak ? Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 @ 30:70.

Contohnya seperti ini : Katakan emas 999 100g berharga RM10k. Pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di Ar Rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7K dan menyerahkannya kepada peniaga.

Urusan dengan peniaga sudah selesai dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini.

Apa cerita dengan pembeli ? Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.

3. JANGAN JUAL EMAS ANDA 

Jangan jual emas anda tanpa sebab. Ramai yang keliru apabila diajar semasa harga tinggi ( beli rendah jual tinggi ) .

Jadi untuk apakah membeli emas ? Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang. Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual, maka tiada apa di tangan anda nanti.

Jual Emas hanya untuk 5 perkara :
1. Rumah,
2. Hartanah,
3. Emas dalam bentuk lain ( barang kemas ) 
4. Modal Perniagaan
5. Keperluan atau Terdesak.

4. JANGAN SIMPAN WANG KERTAS

Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas. Sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian. Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai.

Setiap kali harga emas naik, ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita. Jangan terpedaya dengan bonus, dividen dan pulangan yang ditawarkan , sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.

Simpanlah Emas dalam bentuk fizikal seperti Dinar, Bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.

5. JANGAN TUNGGU 

Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nk beli. Orang selalu cakap emas mahal, tak mampu nak beli. Ya, memang betul emas mahal...hampir setiap tahun orang kata emas mahal. Jadi pada masa bila emas murah ?

Dulu harga emas RM 16/gram pun orang kata mahal , RM 38/gram pun orang kata mahal, RM 90/gram pun orang kata mahal, sekarang dah nak cecah RM 200/gram pun orang kata mahal.

Jawapannya tahun demi tahun harga emas makin mahal.

Rugilah golongan yang hanya menunggu & melihat orang lain semakin kaya dengan emas. Apa tidaknya, dulu beli emas masa RM 140/gram, sekarang dah dekat RM 200/gram. Ini baru menyimpan sahaja dah untung.

Jika yang meniaga macamana ? Lagi untung !!!!

6. JANGAN TOLAK 

Jangan menolak atau menafikan tentang matawang ISLAM iaitu Dinar dan Dirham. Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yg cuba mengembalikan matawang ISLAM ini.

Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat di gunakan, tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita. Saya sudah bermula, anda bila lagi?

7. JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI : 

Setelah anda menjadi seorang yang celik emas....janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain. Sebarkanlah tentang emas, perak, dinar dan dirham. Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza.

Tidak guna jika hanya kita seorang sahaja yg tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya , tetapi saudara mara kita, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas.

Memang ada yang tidak boleh terima terus. Gunakanlah cara berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.

Moga bermanfaat.

Jom mulakan simpanan EMAS
1 Gram
1 Bulan
1 Keluarga
1 Kekayaan



WhatsApp / SMS : 019-2692067


Tiada ulasan:

Catat Ulasan